Nruls Mhd Nruls: Cara merekod dan menyunting lagu menggunakan perisian 'audacity'

Wednesday, December 16, 2015

Cara merekod dan menyunting lagu menggunakan perisian 'audacity'

Hi assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Pada kali ini, kami ditugaskan untuk menyiapkan tugasan seterusnya iaitu menggunakan perisian audacity.

Buka aplikasi audacity di dalam laptop anda.
 Untuk mengimport fail audio, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan klik menu File -> Import -> Audio

Pilih lokasi fail audio yang anda ingini dan teka butang Open. Setelah fail berjaya diimport, paparan audacity telah tersedia.

Untuk membung bahagian pada rakaman, klik pada Selection Tool atau highlightkan bahagian yang hendak dibuang seperti yang ditunjukkan di bawah. Setelah itu tekan buttoon Delete atau Backspace di keyboard komputer anda.


Untuk merakam pula, klik pada butang Record dan mulakan percakapan anda untuk merakam suara. Untuk tamatkannya, tekan pula butang Stop.


Klik pada button Play untuk mendengar suara anda.

Untuk meningkatkan rakaman pula, klik pada Edit pada menu bar dan kemudian pilih Select -> klik All.
Setelah itu, pilih pada Effect pada menu bar, dan pilih pula Bass and Treble.



Kemudian, tekan Ok dan tekan button Play. Anda akan perasan bahawa suara anda akan meningkat daripada yang asal.

Bagi menghilangkan suara vokal dan hanya latar belakang muzik sahaja, klik pada Effect pada menu bar, kemudian pilih Vocal Remover.


Untuk menyimpan fail tersebut dalam bentuk MP3 fail, klik File -> Export
Pilih lokasi yang mana tempat yang anda ingin simpan fail ini dan tekan butang Save. 


Akhirnya, fail tersebut disimpan dalam ext.mp3 dan sedia untuk didengar.





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Sheera Sahira