Nruls Mhd Nruls: October 2015

Thursday, October 29, 2015

Cara edit gambar menggunakan Gimp

Assalamualaikum and selamat pagi. Pagi ini, kami ditugaskan untuk menyiapkan tugasan berkenaan dengan GIMP memandangkan kuliah kam ditangguhkan. Kami dikehendaki edit gambar menggunakan aplikasi GIMP.

Pertama sekali, buka aplikasi GIMP seperti yang di bawah.


Asas Penyunting Imej

Untuk masukkan imej, click pada File > Open. Kemudian, pilih lah mana-mana gambar yang dikehendaki.

Untuk membuat cropping, pilih Scissors Select Tool pada Toolbox seperti dalam Rajah. 


Klik dan tandakan pada kotak antialiasing dan feather edges. Kemudian crop disekeliling gambar yang dikendaki.

 Tekan Enter di keyboard dan gambar anda akan menjadi seperti yang di bawah.


Kemudian, klik pada Edit > Copy.

  Klik pula pada File > New.
 Adjust gambar anda dan tekan OK. Klik pada File>New dan pastekan gambar tadi seperti biasa.
 Untuk menggerakkan gambar klick pada Move Tool di Toolbox. Setelah selesai, klik pada File > Save As.


Memasukkan Latar Belakang
Pilih Bucket Fill Tool di Toolbox kemudian klik Foreground & Background Colour. Pilih la warna latar belakang yang anda minat dan tekan OK. Tuang warna yang dipilih dengan ara klik ke atas latar belakang pada tetingkap image.

Sekiranya hendak menggunakan teknik Gradient Fill, pilih Blend Tool dalam Toolbox. Untuk masukkannya, tarik penjuru kanan ke bawah pada gambar dengan menggunakan mouse.


Penggunaan Teknik Filter.

1) Klik pada layer yang hendak dimasukkan kesan khas.
2) Tekan right click dan pilih Filter > Artistic > Cartoon.
3) Untuk kesan lain, anda juga boleh menggunakan filter yang lain seperti Filter > Distorts > Emboss.


Akhirnya, tugasan saya pagi ini sudah siap setelah mengharungi pahit getir membuat sorang diri dengan rujukan di buku modul. Maaf untuk segala kekurangan.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, October 25, 2015

Memasukkan Data dari Excel di Word serta Graf

Assalamualaikum dan salam sejahtera. This week kami diberi tugasan daripada Dr Bibi mengenai tutorial memasukkan data dari Excel di Word. Ok let's start.

First sekali buka Microsoft Office Powerpoint seperti biasa. 



Secondly, click pada button INSERT, pilih OBJECT dan click pada Microsof Excel 97-2003 Wordsheet dan seterusnya tekan OK.


Table dari Excel dapat dilihat pada kertas putih dalam Microsoft Word seperti di bawah.


Seterusnya, type data yang korang nak dekat dalam kotak Excel tersebut.


Untuk pengiraan jumlah secara automatik, pilih FORMULA dan SUM seperti dalam gambar di bawah.


Untuk masukkan graf, pilih pada INSERT dan kemudiannya Chart. Pilih la design yang menarik minat korang untuk nak letak dalam dokumen tu.



Kemudian, edit la data dalam graf tu ikut kesesuaian. Macam kat bawah ni.


Macam tugasan kitorang, kami kena letakkan graf berkenaan Jumlah Jualan dan Hasil Jualan Mingguan dalam dokumen. So, kena edit berdasarkan data yang kita letak pada kotak Excel tadi.

And finalllyyyyyyy, dah siap sudah kami punya tugasan. Hope bermanfaat. 
Thank you.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, October 11, 2015

Tugasan 3: Cara guna hyperlink dan letak button play pause dan stop pada video dalam Powerpoint

Hi assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 1 Oktober 2015, kami ahli kumpulan AI di bawah bimbingan Abang Janggut ditugaskan untuk membuat slide dengan menggunakan microsoft powerpoint.

Ni lah tugasan yang kami dapat di facebook group. Jeng jeng jeng...

Langkah pertama yang saya buat of course la buka microsft powerpoint dalam laptop dulu ye. Korang jangan tak buka pulak

Firstly, pilih design background slide ikut minat korang. Yang mana satu menarik hati so pilih lah.

Kemudian masukkan kotak shape ke dalam slide dengan click pada INSERT then SHAPE. So pilihlah mana-mana bentuk yang korang suka kemudian tekan RIGHT CLICK dan EDIT TEXT. Type lah apa-apa yang korang nak untuk dijadikan main topic dalam slide tu. Contohnya, tajuk besar sesuatu isi agar mudah untuk kita buat link ke dalamnya. Seperti saya, saya letakkan latar belakang, biodata, pendidikan, dan keluarga.

Untuk membuat hyperlink, letakkan cursor pada kotak yang diinginkan dan tekan RIGHT CLICK. Kemudian pilih HYPERLINK.

Seperti gambar di atas, pilih link to 'PLACE IN THIS DOCUMENT' dan pilih slide untuk dibuat link contohnya 'LATAR BELAKANG' dan tekan OK.

Preview dan cuba letakkan arrow kepada shape yang kita linkkan tadi. Apabila keluar cursor berbentuk tangan dan link korang menjadi apabila click maka hyperlink korang berjaya!

Seterusnya, kami ditugaskan untuk memasukkan video ke dalam slide. Untuk makluman semua, tak semua video boleh kita masukkan ke dalam slide. Hanya video dalam format avi, asf, mpg, mpeg, dan wmv sahaja yang dapat berfungsi dalam powerpoint. Oleh itu korang perlu tukar format video jika ia bukan dalam format yang dibenarkan.

Untuk masukkan video, click pada INSERT dan pilih video dan click pada VIDEO FROM FILE.

Setelah insert video tu, then kena insert button play, pause and stop. First insert je shape macam kita buat tadi. Ikut kreativiti sendiri lah nak letak warna ke shadow ke apa ke dekat shape tu.

Then, tekan EDIT TEXT dan type 'PLAY', 'PAUSE' dan 'STOP' dalam shape berkenaan. 

Seterusnya, click pada video dan click pada ANIMATION. Click pada ANIMATION PANE  dan ADD ANIMATION dan pilih PLAY, PAUSE DAN STOP buttons.

Setelah itu, di side bar sebelah kanan dekat triggers, tekan down arrow button, then click pada EFFECT OPTION dan pilih bentuk dan fungsi. Ulangi step ini pada 'PLAY, PAUSE DAN STOP'.


Akhir sekali, preview slide korang and lihatlah hasilnya. So siaplah sudah tugasan ke3 kita. Alhamdulillah. Bersiap sedialah and tunggulah next assignment bakal menjelma ahahaha

Kalau ditengokkan balik kan, slide screenshot ni berlainan disebabkan tukar design di saat akhir and malas nak ulang screenshot dari awal. Hehe maafkan saya.


SALAM PERPISAHAN
Di kesempatan ni, saya nak ucapkan ribuan terima kasih buat pensyarah yang bimbing kami dari first kelas sampai sekarang iaitu Sir Fadhil aka Abang Janggut kita. Tugasan ini akan menjadi tugasan terakhir daripada beliau untuk kami semua ahli kumpulan AI dalam kursus Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi di UPSI. Abang Janggut kini diganti dengan Dr Bibi. Thanks jadi pensyarah yang sporting dalam kelas. Ajar kami English. Even baru tiga empat minggu kita bersama, buat your MTE class really buat kami happy and excited untuk belajar. Maafkan salah laku kami yang kadangkala nakal dalam kelas. Semoga Abang Janggut berjaya dunia akhirat dan dimurahkan rezeki. Semoga berjumpa lagi Sir!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Sheera Sahira