Nruls Mhd Nruls: December 2015

Wednesday, December 16, 2015

Cara merekod dan menyunting lagu menggunakan perisian 'audacity'

Hi assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Pada kali ini, kami ditugaskan untuk menyiapkan tugasan seterusnya iaitu menggunakan perisian audacity.

Buka aplikasi audacity di dalam laptop anda.
 Untuk mengimport fail audio, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan klik menu File -> Import -> Audio

Pilih lokasi fail audio yang anda ingini dan teka butang Open. Setelah fail berjaya diimport, paparan audacity telah tersedia.

Untuk membung bahagian pada rakaman, klik pada Selection Tool atau highlightkan bahagian yang hendak dibuang seperti yang ditunjukkan di bawah. Setelah itu tekan buttoon Delete atau Backspace di keyboard komputer anda.


Untuk merakam pula, klik pada butang Record dan mulakan percakapan anda untuk merakam suara. Untuk tamatkannya, tekan pula butang Stop.


Klik pada button Play untuk mendengar suara anda.

Untuk meningkatkan rakaman pula, klik pada Edit pada menu bar dan kemudian pilih Select -> klik All.
Setelah itu, pilih pada Effect pada menu bar, dan pilih pula Bass and Treble.



Kemudian, tekan Ok dan tekan button Play. Anda akan perasan bahawa suara anda akan meningkat daripada yang asal.

Bagi menghilangkan suara vokal dan hanya latar belakang muzik sahaja, klik pada Effect pada menu bar, kemudian pilih Vocal Remover.


Untuk menyimpan fail tersebut dalam bentuk MP3 fail, klik File -> Export
Pilih lokasi yang mana tempat yang anda ingin simpan fail ini dan tekan butang Save. 


Akhirnya, fail tersebut disimpan dalam ext.mp3 dan sedia untuk didengar.





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, December 2, 2015

Membuat video menggunakan Windows Movie Maker

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini, saya dan rakan sekelas ditugaskan untuk menyiapkan tugasan membuat video menggunakan Windows Movie Maker. Kami diberi pilihan memilih tajuk sama adamembuat video mengenai subjek yang kami minat atau mengenai tempat tinggal. Jadi, saya membuat pilihan dengan memilih tajuk tempat tinggal sebagai tugasan saya pada kali ni.

First, buka Windows Movie Maker di komputer. Aplikasi ini merupakan open source dan pengguna boleh memuatturun aplikasi ini di internet ke dalam komputer masing-masing.

Langkah pertama yang patut dibuat adalah memasukkan gambar-gambar yang ingin dimuatkan dalam video dengan cara memilih "import picture" di panel bahagian kiri.

                                      
Untuk masukkan gambar tersebut ke dalam video, tarik gambar tersebut ke timeline dibawah seperti dalam gambar. Korang boleh adjust duration dia ikut kesesuaian. Selain itu, anda juga boleh masukkan text ke dalam video dengan cara click apa 'make title and credit'. Type lah apa-apa yang nak tulis dalam video tu. Korang juga boleh edit font and colour serta transition yang disediakan. Click done dan tulisan yang anda type sedia untuk dibaca dalam video tersebut.

Di samping itu, korang juga boleh masukkan lagu ikut minat. Apabila video telah siap di edit, maka korang boleh save video tersebut dengan follow aje steps yang ditunjukkan tu.




Video done and ready to play. ;)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Sheera Sahira