Nruls Mhd Nruls: September 2015

Monday, September 28, 2015

Tugasan 2: Mail Merge

Hi assalamualaikum dan salam sejahtera.

First post kali ni berkenaan dengan tugasan MTE3012. Buat pertama kalinya, kami ditugaskan untuk menyiapkan sijil penyertaan peringkat negeri dengan menggunakan teknik mail merge. Tugasan yang Sir Fadhil beri adalah seperti berikut:




Pertama, sediakan nama program, nama sekolah, tarikh program, anjuran, nama pelajar sekolah, no kad pengenalan pelajar dan tandatangan pengetua sekolah seperti biasa di Microsoft Office seperti biasa. Kemudian, hiaskan mengikut kreativiti sendiri.

Contoh hasil blog saya adalah seperti ini:


Setelah itu, kita beralih pada cara-cara membuat mail merge pula. Pertama sekali, click pada mailing di atas file. Kemudian, tekan start mail merge dan click pada step by step mail merge wizard.


Di sidebar sebelah kanan akan muncul mail merge box. Tekan next sehingga lah step 3. Setelah tiba di step ke3, click pada add a new list dan tekan create.

 Kemudian, type semua dokumen yang dikehendaki. Kita boleh add atau delete sesuatu file name yang sedia ada atau gantikannya dengan yang baru dengan click pada customize columns. Setkan sendiri bilangan penerima dengan mengisi data tersebut. Seperti tugasan saya, saya dikehendaki membuat sijil penyertaan kepada 5 orang. Maka, bilangan menerima dan data yang perlu ada adalah sebanyak lima.



Akhir sekali, simpan data tersebut dalam file dalam desktop. Seterusnya, tekan next sehinggalah step ke6. Nama penerima akan tersedia dari no 1 hingga ke 5. Mail merge siap untuk dicetak dan dihantar. Sekarang, tugasan saya  sudah siap! 







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tugasan 1 : Kritikan Blog



KOMPETENSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
(MTE3012)



TAJUK:
 LAPORAN BLOG






NAMA PELAJAR          : NURUL SAHIRA BINTI MOHAMAD

NO MATRIK                  : D20151071287

NAMA PENSYARAH   : ENCIK FADHIL HARFIEZ ABDUL  MUTTALIB

TARIKH                         : 17 SEPTEMBER 2015



PENGENALAN

Blog merupakan catatan individu atau kumpulan tertentu untuk berkongsi apa jua yang diingini kepada blogger lain khususnya atau kepada sesiapa jua diatas talian (online). Dengan blog maklumat dapat dikongsikan kepada jutaan pengguna internet seluruh dunia. Tidak seperti laman web informasi seperti Wikipedia atau yang seumpama dengannya. Blog memberikan perkongsian maklumat dengan cara yang lebih kreatif dan menarik bergantung kepada kreativiti dan teknik penulisan blogger itu sendiri. Dengan ini orang dapat membaca entri, berkongsi maklumat dan info dengan cara yang lebih santai dan menarik.
Selain daripada berkongsi ilmu dan informasi, blog juga digunakan untuk merapatkan ukhuwwah dan persahabatan dan juga berkenalan dengan blogger lain sambil melawat ke blog mereka. Blog juga digunakan untuk berkongsi pengalaman, bisnes, komuniti dan sebagainya.

Tujuan saya membuat laporan blog ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai blog yang ada dan mengetahui sedikit sebanyak ilmu yang disampaikan oleh penulis blog kepada pembacanya.



Blog 1: masakanmelly.blogspot.com

Blog pertama pilihan saya adalah milik Melly Octaviana yang merupakan seorang rakyat Indonesia tetapi menetap ni Kuching, Sarawak. Blog ini adalah berkenaan dengan resepi masakan yang berkonsepkan Melayu, Cina, Indonesia dan juga masakan Barat.

Hiasan
Penulis blog ini menggunakan template berjenis ‘awesome inc template’.  Selain itu, blog ini mempunyai banyak jenis iklan yang dapat kita kongsikan bersama. Tambahan pula, blog ini juga mempunyai ‘total pageview’, bilangan pelawat, link terusan ke laman facebook miliknya, ‘usefull websites’ dan banyak lagi di ‘sidebar’ kanan di dalam blognya. Malah, ‘glitter text’ juga tutut terhias di bawah header blog tersebut.

Kelebihan
Blog ini menarik minat saya kerana mempunyai pelbagai jenis resepi yang dapat kita pelajari sama ada masakan Timur, Barat, Utara mahupun Selatan. Blog ini juga cantik dengan warna cerah sebagai kertas penghias belakang.

Kelemahan
Blog ini agak padat dan tidak tersusun. Penulis seharusnya menyusun resepi-resepi masakan yang ditulis oleh beliau mengikut jenis dan abjad supaya para pembaca senang untuk mencari maklumat ataupun resepi yang diinginkan.



Blog 2: http://www.lyssasecret.com

Blog kedua ini juga saya pilih sebagai salah satu blog dalam assignment MTE3013 saya. Blog ini ditulis oleh seorang penulis blog yang terkenal iaitu Lyssa Faizureen.

Hiasan
Blog ini mempunyai header dan footer yang cantik yang dicipta sendiri oleh pemilik blog menggunakan aplikasi ‘photoshop’. Selain itu, blog ini juga mempunyai banyak fungsi  dan gadjet yang menarik seperti jalan pintasan ke laman web lain. Lyssa juga mengenakan cursor dan favicon yang cantik.
Kelebihan
Blog milik Lyssa Faizureen ini sangat menarik minat saya kerana selain kisah hidup dan hasil penulisan blog yang menarik, beliau juga turut menyediakan tutorial dan panduan untuk menghias blog agar kelihatan lebih cantik di mata pembacanya. Blog ini juga turut mempunyai tips-tips yang menarik yang dapat kita jadikan panduan serta pengiklanan untuk produk-produk menarik buat si pembaca.
Kelemahan
Tutorial untuk menghias blog yang disediakan adalah dalam kaedah yang lama iaitu kira-kira pada tahun 2011. Blogger sekarang telah dinaiktarafkan dan setiap apa jua tetapan blog turut berubah jadi si pembaca tidak dapat mengikuti kaedah terkini untuk  menghias blog yang cantik kerana perisian blog adalah dengan cara yang lama. Penulis blog seharusnya sentiasa mengemaskini tutorial agar dapat dikongsi pada masa kini.



Blog 3: http:///www.nisakay.com

Setiap gadis blogger pasti mengenali insan yang bernama Khairunisa ini. Nama bloggernya adalah Nisa Kay dan berusia 23 tahun. Beliau merupakan salah seorang penulis blog dan model muslimah yang dikenali ramai. Selain mempunyai raut wajah yang cantik, hasil penulisan blognya turut menarik perhatian pembacanya.

Hiasan
Blog ini mempunyai kertas latar belakang yang simple dan kemas. Selain itu, blog ini juga mempunyai iklan nuffnang dan ‘sidebar’, ‘header’ dan butang ‘page’ yang cantik.

Kelebihan
Blog ini memaparkan perjalanan hidup Nisa Kay sebagai seorang yang bekerjaya. Perbagai panduan mengenai ‘fashion’, ‘beauty’ dan ‘event’ yang menarik dapat kita dapati daripada blog ini. Blog ini juga menyediakan ‘shortcut’ ke laman facebook, twitter, instagram, tumblr, youtube dan sebagainya. Entri yang disampaikan juga berguna buat pembacanya.

Kelemahan
Pengisiannya yang padat dengan tulisan dan gambar-gambar menampakkan blog ini agak serabut di mata pembaca.


                           
Blog 4: www.keisya-lamudi.blogspot.com

Blog pilihan saya yang seterusnya merupakan salah satu blog bersifat ilmiah yang dapat kita manfaatkan bersama. Blog ini adalah milik La Mudi yang asalnya dari Sumatera Indonesia.

Hiasan
Blog beliau mempunyai ‘header’ yang menarik dengan nama tajuk blog miliknya mengenai ilmu geografi. Selain itu, terdapat tiga ‘layout’ yang turut memudahkan pembaca untuk mencari bahan. Blog ini menggunakan kendhin x-template.
Kelebihan
Blognya mempunyai elemen-elemen yang menarik seperti laman ‘pages’ iaitu ‘home’, bahan ajar, buku geografi, perangat pembelajaran dan juga forum untuk memudahkan pembaca untuk mendapatkan maklumat mengenai ilmu yang disampaikan.
Kelemahan
Blog ini menggunakan bahasa Indonesia dan adakalanya menyukarkan orang universal untuk membacanya.


Blog 5: mixandmatchtravel.blogspot.com
Hiasan
Blog terakhir saya adalah mengenai pelancongan ke destinasi yang menarik di serata dunia. Blog ini berkonsepkan ‘vintage’ berlatarbelakangkan kertas hias dinding bercorakkan bunga dan Menara Eiffel di Paris. Selain itu, hiasan ‘sidebar’ di sebelah kanan juga dihiasi dengan gambar-gambar pelancongan milik penulis blog bersama keluarganya. Tambahan lagi, penulis blog ini juga menyertakan iklan-iklan yang dapat membantu pembacanya mengenai blognya.

Kelebihan
Blog ini memudahkan para pembaca untuk menghubungi agensi pelancongan dengan lebih mudah kerana penulis blog menyediakan ‘contact info’ serta senarai servis yang ditawarkan. Blog ini juga disertakan dengan gambar-gambar keluarganya melancong ke tempat-tempat menarik di merata dunia.

Kelemahan
Blog ini sangat ringkas. Malah, tiada penambahan gadget yang unik dan menarik yang dapat menarik minat pembaca untuk membacanya.


PENUTUP

Berdasarkan hasil penulisan blog, banyak informasi yang dapat kita kongsikan bersama. Penulisan blog juga sangat membantu orang sekeliling untuk memudahkan mereka mendapatkan maklumat dengan lebih jelas hasil daripada pengalaman dan ilmu yang ada daripada seseorang individu yang aktif dalam dunia blog. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa penulisan blog ini merupakan salah satu rujukan yang dapat kita kongsikan bersama tidak kira sama ada isu semasa, dulu mahupun sekarang.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Sheera Sahira