Hi assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 1 Oktober 2015, kami ahli kumpulan AI di bawah bimbingan Abang Janggut ditugaskan untuk membuat slide dengan menggunakan microsoft powerpoint.
Ni lah tugasan yang kami dapat di facebook group. Jeng jeng jeng...
Langkah pertama yang saya buat of course la buka microsft powerpoint dalam laptop dulu ye. Korang jangan tak buka pulak
Firstly, pilih design background slide ikut minat korang. Yang mana satu menarik hati so pilih lah.
Kemudian masukkan kotak shape ke dalam slide dengan click pada INSERT then SHAPE. So pilihlah mana-mana bentuk yang korang suka kemudian tekan RIGHT CLICK dan EDIT TEXT. Type lah apa-apa yang korang nak untuk dijadikan main topic dalam slide tu. Contohnya, tajuk besar sesuatu isi agar mudah untuk kita buat link ke dalamnya. Seperti saya, saya letakkan latar belakang, biodata, pendidikan, dan keluarga.
Untuk membuat hyperlink, letakkan cursor pada kotak yang diinginkan dan tekan RIGHT CLICK. Kemudian pilih HYPERLINK.
Seperti gambar di atas, pilih link to 'PLACE IN THIS DOCUMENT' dan pilih slide untuk dibuat link contohnya 'LATAR BELAKANG' dan tekan OK.
Preview dan cuba letakkan arrow kepada shape yang kita linkkan tadi. Apabila keluar cursor berbentuk tangan dan link korang menjadi apabila click maka hyperlink korang berjaya!
Seterusnya, kami ditugaskan untuk memasukkan video ke dalam slide. Untuk makluman semua, tak semua video boleh kita masukkan ke dalam slide. Hanya video dalam format avi, asf, mpg, mpeg, dan wmv sahaja yang dapat berfungsi dalam powerpoint. Oleh itu korang perlu tukar format video jika ia bukan dalam format yang dibenarkan.
Untuk masukkan video, click pada INSERT dan pilih video dan click pada VIDEO FROM FILE.
Setelah insert video tu, then kena insert button play, pause and stop. First insert je shape macam kita buat tadi. Ikut kreativiti sendiri lah nak letak warna ke shadow ke apa ke dekat shape tu.
Then, tekan EDIT TEXT dan type 'PLAY', 'PAUSE' dan 'STOP' dalam shape berkenaan.
Seterusnya, click pada video dan click pada ANIMATION. Click pada ANIMATION PANE dan ADD ANIMATION dan pilih PLAY, PAUSE DAN STOP buttons.
Setelah itu, di side bar sebelah kanan dekat triggers, tekan down arrow button, then click pada EFFECT OPTION dan pilih bentuk dan fungsi. Ulangi step ini pada 'PLAY, PAUSE DAN STOP'.
Akhir sekali, preview slide korang and lihatlah hasilnya. So siaplah sudah tugasan ke3 kita. Alhamdulillah. Bersiap sedialah and tunggulah next assignment bakal menjelma ahahaha
Kalau ditengokkan balik kan, slide screenshot ni berlainan disebabkan tukar design di saat akhir and malas nak ulang screenshot dari awal. Hehe maafkan saya.
SALAM PERPISAHAN
Di kesempatan ni, saya nak ucapkan ribuan terima kasih buat pensyarah yang bimbing kami dari first kelas sampai sekarang iaitu Sir Fadhil aka Abang Janggut kita. Tugasan ini akan menjadi tugasan terakhir daripada beliau untuk kami semua ahli kumpulan AI dalam kursus Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi di UPSI. Abang Janggut kini diganti dengan Dr Bibi. Thanks jadi pensyarah yang sporting dalam kelas. Ajar kami English. Even baru tiga empat minggu kita bersama, buat your MTE class really buat kami happy and excited untuk belajar. Maafkan salah laku kami yang kadangkala nakal dalam kelas. Semoga Abang Janggut berjaya dunia akhirat dan dimurahkan rezeki. Semoga berjumpa lagi Sir!
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment